Siapa
sahaja yang pernah merasakan semuanya tahulah betapa peritnya yang menyakitkan
sukar untuk dilupakan. Bak kata pepatah “sakit yang paling dahsyat ialah
mencintai seseorang tetapi tidak dibalas”, namun yang menjadi persoalan kenapa
kita membenci seseorang itu tapi merindukannya pada masa yang sama? Bagaikan
dunia ini kita hanya keseorangan begitu sempitnya kita kena melaluinya.
Orang
yang paling boleh menyakitkan kita hanyalah si dia yang kita cintai. Ramai
beranggapan mudah untuk mencari pengganti baru di hati kita namun itu semua
perkara yang paling susah untuk kita lakukan kerana cinta tidak semudah untuk
dicari dan ia wujud dengan sendiri. Sesetengah orang hilang kewarasan dalam
berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada di antara kita mengambil jalan mudah
untuk melupakan semua itu dengan sanggup membunuh diri. Seperti kata orang
“dunia akan terkejut apabila seseorang itu membunuh diri kerana kematian
ibunya,tetapi tidak terkejut akan kematian seseorang itu kerana membunuh diri
akibat putus cinta”. Oleh itu, ramai orang membunuh diri akibat cinta tidak
kesampaian.
Inilah
akibat cinta nafsu.
Selain itu, kesan ini juga kerana ada pasangan kekasih yang sanggup
mengorbankan mahkota kehormatan demi insan yang menjanjikan sehidup semati
dengan mereka. Namun mereka ditinggalkan dengan kejam tanpa ada yang
bertanggungjawab atas keterlanjuran mereka. Ketahuilah bahawa seseorang yang
pernah gagal dalampercintaan,berkemungkinan
dia akan melihat kebahagiaan di laksana pelangi. Tidak pernah di mindanya
memikirkan tentang dirinya tetapi di mindanya sentiasa ada si dia.
Putus
cinta adalah bukti tiada bukti Ayat cinta sejati kecuali cinta yang diasakan
oleh cinta Allah. Mungkin perpisahan ini terjadi berpunca pihak disana atau
pihak disini? Mungkin tidak mendapat restu orang tua? Mungkin kehadiran orang
ketiga? Pelbagai alasan diberikan. Putus cintabukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah
permulaan yang baik dalam hidup kita menangani dengan positif. Janganlah
merasakan diri begitu malang kerana setiap dugaan pasti ada hikmahnya. Tetapi
percayalah kita tetap ada Allah yang tidak pernah meninggalkan kita walau
sedetik pun. Anggap sahaja semua ini satu pengajaran dalam hidup kita untuk
kita teruskan perjalanan hidup. Kehidupan adalah satu pergiliran antara senang
dan susah yang berterusan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan