Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.
Sangatlah menyakitkan mencintai seseorang, tetapi tidak dicintai olehnya. Tetapi lebih indah adalah menyayanginya tanpa mengharapkan sesuatu perasaan apapun darinya
Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang telah disakiti, mereka yang telah mencari dan telah mencuba kerana merekalah yang biasa menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka
Cinta itu jelas indah, walaupun di sisi lain juga menyakitkan. Kerana itu kita harus belajar menikmati sisi keindahannya.
Cinta adalah ketika kamu menitikkan air mata, tetapi masih peduli terhadapnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan